Sunday, January 23, 2011

Satu petang

"Selesaikan soalan nombor 2, tunjukkan saya jawapan dan jalan kerja, baru boleh balik."

Oh..Nasi, tunggu, saya nak meniru jalan kerja kawan dulu, lepas ni baru saya makan awak, hahahaha.. Selesai je salin bulat-bulat jalan kerja kawan dan tunjukkan kat Puan Lim, lecturer Kajidaya Bahan kami, aq pun terus meluru keluar. Yang ada dalam fikiran kini adalah M.A.K.A.N!! hahaha..

Puan Lim: Ziela, tunggu kejap, tolong saya padam papan putih.

Err...aq jalan laju sangat ke? Kawan-kawan pakat dok gelak. Ahh..shut up ar korang!
Jerit dari dalam kelas, 'Wey, korang! tunggu!!'
Puan Lim hanya mampu menggelengkan kepala. Selesai je padam papan putih, aq terus bergerak keluar kelas, mengejar rombongan meminang kakak kantin rakan-rakan kelas aq. haha.

Helmi: Kau dah siap assignment Pneumatik?
Aq: Yang by group kan? Bahagian aq da settle, tunggu Fika je ni. Dia tak datang lak kelas pagi ni, tengok kalau dia tak datang petang ni, masak aq dengan Linda.
Helmi: Call r. Dia apsal tak datang?
Aq: Entah, takde cakap apa-apa pun. Jap msg dia.

Aq: Fika, apsal kau tak datang kelas Bahan? Petang ni kau datang tak?
Fika: Aq tidur lambat lah semalam, siapkan ni. Sorry ea. Petang ni aq datang.

Selesai je makan kat kantin, kami mengambil keputusan balik ke rumah sewa masing-masing. Aq malas nak balik rumah, aq lepak rumah sewa Linda je. Berborak plus mengutuk pelajar lelaki kat Kolej dan akhir sekali Linda tidur. Puas da aq golek-golek, tapi mata ni tetap tak nak mengalah. Tak bagi chance langsung! Golek-golek atas tilam Linda, sedar-sedar dah jam 1petang. Hari boleh mendung lak..
Aq: Wey Linda, bangun. Hari dah nak hujan. Jom ar gerak awal.
Linda: Haa..ok2.. (terpisat-pisat)

Selesai je solat dan bersiap-siap, aq gerak menuju kolej. Menunggang Yamaha Ego, sudah cukup laju untuk sampai ke destinasi lebih awal dari masa yang dijangkakan. Haha (berlagak gila!!). Sebab aq sorang je yang pakai helmet, jadi aq terpaksa turunkan Linda kat depan pintu pagar Kolej. Pak Cik Guard yang jaga time tu lak baik dengan aq, terus je dia bagi isyarat suruh masuk dengan menutup mata pakai tangan. Tahu tak apa maknanya? Maknanya, Linda takyah menapak jauh ar nak g kelas petang tu. Angkat tangan kat pak cik tu, senyum dan dia tergelak je, baik ar, hahahaha.

Pas parking, terus bergerak g Jabatan Mekanikal. Rasa cam tak caya lak hari ni boleh datang awal, kalau tak, muka aq je yang datang paling akhir. haha. Dari jauh nampak satu group dak 'nerd' tengah selak-selak nota. Aq? Selak-selak beg nak cari handphone. Fika! Assignment Group! Tak lama pastu Fika datang dengan assignment kat tangan, fuh~ nasib baik.

Kelibat Lecturer Pneumatik dah datang, baru berapa kerat je ni, mana yang lain? Ni confirm terlajak perahu dalam mimpi. haha. Hari ni belajar pasal injap. Gila tegang saraf otak, huhui~

Tok..tok..tok.. Bunyi pintu makmal di ketuk. 3ketul manusia masuk bagi salam dan buat muka slamber terus duduk kat meja belakang. Tiba-tiba datang akal jahat aq. Siaplah korang, hahahahaha.

Aq terus ambil posisi duduk kat tepi pintu. Cepat je jari aq kunci pintu. Tok..Tok...Tok...Tok.. bunyi pintu diketuk, saje aq bagi diaorang lama sikit kat luar. Haha. Dengan muka serius, aq cakap kat 15ketul rakan kelas aq yang lambat tu.

Encik cakap siapa lambat, dia suruh g depan.

Terus beratur diaorang kat sebelah encik tu, dengan barisan menegak. Menunggu pembalasan dan kata-kata yang menyayat hati. Habislah korang. hahahaha.

Encik tu dengan muka konpius, 'Kenapa awak ramai-ramai beratur depan saya ni?'

Maka, gelak gempita lah seluruh kelas dengan dekahan ketawa yang maha dahsyat. Hahahahaha. Misi berjaya!

Mereka memandang aq dengan rasa tidak puas hati yang memuncak. Hahaha.

Habis je kelas, aq terus lari cepat-cepat, jangan leceh! Dapat kena hempuk, boleh berkecai tempurung kepala aq, hahaha. Maaf ye, aq bergurau menghilangkan ngantuk di petang hari. Jangan marah, jangan dendam. Ini semua cobaan.

Esok je la kita jumpa ye kawan-kawan. Sekian. Hahahaha.

Dari Hati

Dari lubuk hati yang paling dalam tersimpan sejuta rahsia yang hanya Tuhan mengetahuinya. Kesedihan, kesengsaraan, kepedihan, dan kekecewaan, segalanya permainan perasaan yang meruntun jiwa. Jika kita sedar, semakin dekat kita pada Sang Pencipta, semakin besar dugaan yang akan kita tempuhi. Terpulang pada kita untuk mengalah di tengah jalan atau terus kebal sampai ke penghujung yang menjanjikan kejayaan dan kebahagiaan. Segalanya terletak di tangan kita, kita yang memilih jalan, kita yang menentukan masa depan kita sendiri. Tidak perlu menilai kata-kata orang yang tidak menghargai dan tidak pernah berusaha memahami diri kita, sebaliknya, bertemanlah dengan mereka yang punya matlamat hidup dan menyokong kita untuk terus kuat kerana mereka akan membawa kita ke jalan menuju kejayaan.

Walau pahit yang kita terpaksa telan, kita harus tabah, kita kena kuat. Pengajaran terbaik dalm kehidupan ialah apabila jatuh, kita belajar dari kesilapan dan bangkit semula. Pedulikan pandangan yang hanya menilai kita, tapi tidak pernah membantu. Kita bukan terlalu mengharapkan bantuan orang lain, tapi kita akan jadi lemah sekiranya terlalu memikirkan orang lain yang tidak langsung memberikan kita semangat juang.

Bangkitlah dari kesengsaraan, carilah kejayaan kita sendiri. Orang lain tidak dapat membantu kita, melainkan diri kita sendiri. Sekalipun setelah berusaha kita jatuh lagi, itu bukan bermakna pengakhiran kehidupan, tetapi itu adalah permulaan untuk bangkit lagi. Hidup tidak selamanya di bawah, hanya masa akan menentukan segalanya. Namun, apabila kita sudah berada di atas, jangan terlalu mendongak ke langit, ingat rumput di bumi, di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung.

Umur bukan satu ukuran untuk menentukan kematangan seseorang, tapi ia dapat di ukur dari pengalaman yang di lalui sepanjang kehidupan. Suka duka, pahit manis kehidupan mematangkan kita. Percayalah, tiap sesuatu yang mendatang, pasti ada hikmahnya, mungkin hari ini kita kehilangan sesuatu, tapi kita akan dapat yang lebih baik dari apa yang kita hilang di masa hadapan.
Percaya pada diri sendiri, redha pada takdir dan lepaskan apa yang bukan hak milik kita, itu akan membuat kita lebih tenang mengharungi liku-liku kehidupan. Semoga kejayaan milik kita, Insyallah. (^_^)v
*Sebuah nukilah pendek 23Jan2011 11.22am

Diri kita, masa depan kita.

Wednesday, January 12, 2011

Masa Lalu

Terjumpa album gambar lama? wahh~

hehe... Sangat rindu zaman tersebut!


Belakang: Bakar, Oman, Irin, Ejal, Kak Siti
Tengah: Angah Kuzi, Along Zaki
Depan: Along Wan, Angah Pojie, Ekey

(^_^)v

Kami 5 Beradik

Encik Abah & Puan Emak


# Saya nak perasan comel boleh? wakaka~ =p

Tuesday, January 11, 2011

SELAMAT PENGANTIN BARU AWAK...

Amaran keras: Cerita ini adalah rekaan semata2. Tiada kena mengena antara hidup ataupun yang telah tiada.

Saya igt lagi hari tu hari pertama awk chat fb ngn saya..

Awak: Salam. de org ke x ni?
Saya: xde.
Awak: Abes ni ape? bukan org ke?
Saya: bukan. Ni mambang.
Awak: haha. klaka la awk ni.
Saya: hehe.
Awak: da de bf?
Saya: de. Retak menanti belah.hahaha.

Start dr situ la kita mula rapat. rapat sgt. Sampai sy syg sgt kat awak. Entah ubat apa awak pkai pun saya xtahu.
Saya sayang gila kat awk. Sayang sangat. Awak baik, awak perihatin. Awak klaka, suka wat saya ketawa.

Saya sentiasa nak jaga hati awak. Saya sentiasa nak bersama awak, tanpa awak, sunyi la hidup saya.
Kalau saya x online, saya msg awk. Saya sentiasa nak tahu apa yang awk wat.

Saya: Maaf awk, kalau awak rimas. Saya slalu kacau awk.
Awak: xla, saya xrimas pun. Saya suka kawan ngn awk.

Wahh! Makin berbunga2 hati saya.

<3

Kalau awk x online, sy pun jd malas nk online. Watpe. Saya online pun sebab awak. Kalau awak xde. lebih baik sy tido.

Tapi bila awk online, sy da xheran benda lain da.
Makan pun x. Mandi pun lambat.
Xpe, saya nak selalu ada time awak perlu kan sy.

Time awak sedih sebab ex gf awk, sy nak sy la satu2 nya org yg ada utk awk luahkan perasaan.
Walaupun saya jeles, tapi saya tahan je. Saya nk awk tenang.

Makin hari, makin bertambah syg sy pd awk. Saya takut nak luahkan sebab takut saya akan kehilangan awk.
Jadi, saya pendam je dan buat cam biase.

Awak: best ny kalau de isteri kn. baju pun dy gosokkan. Nak tido pun de orang teman.
Saya: pe lagi. Cepat2 la kawen.
Awak: sape la nak saya ni.
Saya: Saya nak, saya nak, saya nak. :P
Awak: Tol awk nk?
Saya: Yela. Nak, nak, nak!
Awak: jom kawen.
Saya: Jom!
Awak: Awak kan kawan yang paling saya rapat. Lagipun awk kan da de bf. Xbaik la. :P
Saya: em..yela..Maafkan saya.

Awak xtahu betapa sedihnya saya. berkecai hati saya awak main2 cmni.
xpela, saya tahu awak bergurau.
Awak bukan tahu pun tentang perasaan saya.
Salah saya gak.

Lama da kita berkawan. Dari awak blaja sampai awk awak da keje da pun sekarang ni.
Engineer. Best kan?
Saya bangga ada kwn cm awk.

Saya dan awak masih seperti dulu, rapat.
Awak masih nak kekalkan status single awk tu.
Xpela, sy lagi suka.
hehe!

Masa saya nak kuar umah g keje pagi tu, hp sy berbunyi.
Kembang hati saya, pagi2 lagi awak da cl..hihi..

Awak: Salam. Awak. Malam ni awk free x? saya nak ajak awak kuar makan.
Saya: mimpi pe ni pagi2 da nak belanja mkn ni? hehe.
Awak: ala...saya tahu bab makan memang awk xpernah tolak punya. hehe.
Saya: Tu satu pujian ke kutukan?
Awak: 2 2 la kot.haha.
Saya: ceh! xmo kawan.
Awak: Malam ni sy tgu tempat biasa. Kul 8mlm. Pakai baju yang saya belikan tu taw. bye. Salam.

Belum sempat saya cakap pape. Awak da letak.
hmmm..
Ligat otak saya fikir.
Kalau takat belanja mkn tu memang da xpelik. Tapi nape tiba2 suruh pakai cantik2?
Xkn la kot..
Tapi..
Mungkin la..
Ish...Pergi keje pagi tu, saya senyum je. da smpai dlm office pun saya masih senyum sorg2.
Akhir ny, awak menyerah kalah gak. Mesti awk nk lamar sy mlm ni.
hehe.
macam nak melompat je. Xsabar nak tgu kul8.
Jam...cepatlah bergerak!!

Petang tu saya minta izin balik awal. Saje. Saya nak siapkan diri saya.
Yela. pekara ni mungkin berlaku sekali dalam hidup.
Mesti la saya nak yang terbaik.

Saya pakai dress labuh warna putih yang awak hadiahkan saya masa awak dapat gaji pertama dulu.
Terima kasih awak.

Selepas solat maghrib, saya terus siap2. Saya takut saya akan terlambat. Saya xnk awak terlalu lama menunggu.

ala...time ni la ko nak merah trafic light. ko merah esok2 je la. Aku ada urusan penting ni. Buah hati tgh tunggu.
hm..tiba2 teringat kat awk. nak sms la..nak cakap sy da gerak..tgu saya ye syg.hehe

Cari hp sy...cari lagi..cari..Mana ni?
ala..mesti tertinggal kat rumah..
Saya kerling jam da kul7.45.
Mana sempat nak patah balik!

xpela...
Saya teruskan perjalanan..
muzik kat radio pun ikut rancak cam hati sy berdebar2 nak jumpa awk..

Sampai je saya kat tempat dijanjikan. Saya terus g kat meja kita selalu duduk.
Saya nampak awk.
Kacak!
hehe.
Tapi, sape kat sebelah awak tu?
Senyum2...
Sepupu kot. Saje sedapkan hati sendiri.hehe.

Bila awak nmpk sy. Awk terus lambaikan tangan.
hehe. Mesti awak nak cakap saya cantik mlm ni. Saya tahu. hehe.

Saya: Maaf, lama ke menunggu?
Awak: xla.. Kami pun baru sampai gak.
Saya: Cantik sepupu awk.
Awak: em..awak ni, time camni pun nak bergurau..hehe. Perkenalkan, ni Ina.. Bakal tunang saya..

WHAT!!
Cam nak runtuh dunia ni..
Tapi apa yang saya mampu buat?
Tersenyum seikhlas yang saya mampu..

Saya: oppss.. Maaf kan saya ina.
Ina: xpe..Abang selalu cakap pasal awk. Ni baru jumpa tuan puny badan depan2..hehe..
Saya: o yeke? mesti dy selalu kutuk sy ni.. (sy kena ketawa terpaksa, demmit!)

Selesai je mkn malam yg dramatik tu, saya pun mintak diri.
Ade keje, esok nak anta..
Walhal, saya da xsgup nk tgk adegan yang membunuh saya senyap2..

Saya menangis sepuas2nya dalam keta.
Saya da xhiraukan pe akan jadi.
Saya sakit sgt awk, skt sgt..

Sampai je kat umah, saya terus meluru masuk bilik.
Saya xnk bercakap ngn sape2...
Saya xnk sape2 kacau saya...

Saya capai hp sy tepi katil. Ada msg dr awk.

Sebenarnya saya nak kenalkan awak dengan bakal tunang saya. Ina, kawan sekerja saya. Da lama saya nak beritahu awak, tapi belum ada kesempatan. Malam ni baru sempat saya kenalkan awak dengan dy. Saya harap awak boleh jadi kawan dy gak. Oh ye, awak jangan lupa bawa bf awak skali taw. Da bertahun berkawan ngn awk, bf awak pun saya xpernah jumpa, kesiannya saya kan.. Awak la. Berahsia sgt, apa la yang awak sembunyikan dari saya tu agaknya kan. Ok la, saya da nak gerak ni. Awak hati2 ye.

Awak, saya bukan berahsia. Saya xbleh nak bwk awak jumpa bf sy sebab selama ni bf sy tu cume rekaan cerita saya je. Untuk buat awak jeles. Tapi sekarang ni, saya da xmampu nak wat pe lagi, melainkan mendoakan kebahgian awk. Maafkan saya. Bulan depan saya da tempah flight ke London. saya minta ditukar ke sana. sebab saya xsgup datang ke hari persandingan awak. Maafkan saya. Biarkan cinta ini terus bersemi dalam hati saya selama2nya..

Selamat pengantin baru awk...