Wednesday, March 23, 2011

Hari Seminar part 2

okay.. sambungan dari part 1..

dalam jam 8.30malam, fazriq datang, pastu terus amik fika.. Ingatkan kiteorg yg dtg paling lambat, rupenya, kami la rombongan paling awal, cis~

sampai je umah sewa buyot, tibe2 rasa segan, xkn nak masuk umah dak bujang wey! terkebil2 dengan fika 2orang kat luar.. Tibe2 mak buyot kuar..

Aq: Eh.. mak cik.. assalam... da lama kat sini?
Mak Buyot: Dari petang tadi, ingat nak tolong, tapi, dari tadi bahan mentah xsampai2..

Aq: Wey Buyot, mana Zack?
Buyot: Ntah. aq call tadi dy ckp highway jem, dy balik kampung, amik bahan mentah, jimat katanya..
Aq: Adess~ kul bape nak masak ni, confirm balik lambat laaa.. huk3

2jam jugak aq dok tercongok kat umah Buyot, nak tengok tv, haram xde.. Ape lagi, dok melepak je la.. Satu group datang, pastu datang lagi, semua merungut Zack xsampai2 lagi.. Ala, sebenarnya, dyorang bukan nak masak sgt pun, dyorg tkut Buyot xbagi dyorg kuar tengok bola kat Kedai Mamak depan kul 2 kang.. hahaha

Xlama pastu datang la Zack, membawa barang2 untuk dimasak.. Sediakan apa2 yang patut, kami wat ramai2.. Tapi sayang, aq xde copy pic untuk malam tu, kalau x, mesti gempaq korang tengok pic kiteorg mlm tu, cam adek beradek wat kje kawen pun ade gak.. hahaha

Da siap semua, satu lagi masalah, SAPE NAK MASAK NI WEY? haha..
Naseb baik ade chef jemputan dari JAMAICA, encik Tunkek dan Abang Zaki.. Dyorg masak sangat sedap, baru la aq tahu, dyorg mmg slalu masak kat umah sewa dyorg.. Makan siang je kat luar, makan malam, semua dak2 kat umah sewa dyorang akan masak bergilir2 ikut turn.. best kan dyorg.. cepat2 pilih jadi calon suami, pandai masak ni. hehehe

Siap je masak, Mad lak sibuk ngn ice blend dy.. prektis utk esok katanya.. haram, rasa hangit blender ice blend tu. hahahaha reject2~~

siap masak lebih kurang dalam kul 5pagi, aq ajak Fazriq balik, sebab gile da xlarat, siang tadi kelas full, ni berjaga smpai kul5pagi.. adehei~

Maka, baliklah aq, fazriq dan fika.. Balik, terus zzzzzzz~

sedar bunyi phone banyak kali, sape lak ni, MAD? wey! jam da kul10pg!! Mampos!!
Aq: Hello..
Mad: wey zila bangun!! da abes da jualan untuk breakfast ko xbangun lagi, dak2 ni bising ko tahu x..
Aq: ala, xsedar la syg.. adehei~
Mad: Aq depan umah ko ni, bad news, blender meletup.. hahaha
Aq: haaa? jap aq turun bawah..

Aq: Apsal blh meletup Mad? ko main bom ke hape?
Mad: Zila, ko nampak cantik, baru bangun tido..
Aq: hahaha.. ko kutuk aq ke hape? munguk!
Mad: hahaha.. tol la.. Zila, ko xde blender lebih ke kat umah? Orang kaya mesti de lebih.. haha
Aq: Haha.. semoga saja.. hehe.. ko g dulu la, nnti aq try usha kat Puan emak..
Mad: Ko jangan lambat, jangan sambung tdo lak! Aq banyak barang nak kena beli ni..
Aq: Yela... Bye

Cal Fika, dy pun baru bangun gak, hahaha.. masak2

Kelam kabut g cari jag blender baru yang sama port ngan blender umah aq ni.. Fika tunggu dalam keta je, aq yang berlari masuk shopping complex.. adehei~

Sampai je, dyorg wat muka xpuas hati, hahaha.. aq ngan Fika wat xtahu je, da xsedar, nak wat camne..hahaha

Ni antara pic masa ari kejadian.. hahaha






Kami la juara tersebut~ dan duit kemenangan tu kami g Tg. Sepang pas abes final.. masyukk~

Nantikan kemunculan post pasal Tg Sepang pasni, hehehe..

Monday, March 21, 2011

* Hari Seminar*

kalau nak cite pasal hari seminar dulu boleh x?
nanti lain kali baru sambung cite pasal projek.. hehe
(^_^)V

Hari seminar ni bukan hari untuk bersuka ria, tapi hari ni akan menentukan kelulusan atau kegagalan kami untuk subjek seminar.. kecut perut mak naaaakk~~ huhu

setelah abes blaja subjek seminar, ni la sebagai ujian akhir.. tapi subjek ni xde final paper.. Kami diberi tugasan untuk handle 1bisnes yang kami pilih sendiri.. Masa diberi tugasan ni, perasaan aq sgt2 boring ngan tugasan ni, ntah hape2... tapi bile da lalui, satu perkataan kuar dari mulut.. WOW!!! haha

Asal cite cam dak nerd? hahahaha

Setelah tugasan diberi, Zack a.k.a Tok Ketua pun sibuk bagi2 tugas kat kami.. ada yang dapat bhgian promosi, buat flyer, settle bhgian mknn, minuman, kuih, bhgian cashier dan bhgian lain.. Memang syok la wey~ Tapi paing xsyok, asal aq kena kat bhgian makanan? Konspirasi ni! haha..

Yang buat flyer, da settle awal da keje dyorg, buat flyer, anta kat mana2. tampal. pastu g amik order kat lecturer ngan dak2 hostel.. Tapi bhgian makanan cam aq? opkos simpan tenaga untuk hari tersebut..

Sehari sebelum hari tersebut.. sekitar jam 4pm (baru abes kelas)
Zack: ok. korang standby ea.. kul 8mlm ni kita kumpul kat umah buyot, masak ramai2..

Semua wat muke xtahu melainkan Kak Bum (menteri kewangan kelas a.k.a gabenor bank) kekeke.. Apsal aq xde mood nak join dyorg ni? ade aq xdtg esok ni kang.. tapi sayang lak nak repeat subjek ni, adehei~

Kul 8mlm...

Fazriq msg:
Zila, ko nak dtg umah buyot naik moto ke? da mlm ni, lagipun xtahu kan balik kul bape, ko siap2 la, aq amik ko kat umah.. Cakap kat fika sekali k..

Wah! Fazriq, sahabat dunia akhirat ku, aq syg ko.. hehe~

*cite bersambung.... (ngantuk lak) hahaha.. bye~

Tuesday, February 22, 2011

Ni Blog Ke Buku Teks?

Ni blog ke buku teks?

Aq yang baca pun naik bosan..manjang tulisan je.. hahaha..

Ok... Pasni aq try masukkan video o lagu o gmbr k..

mahap.. =p

Wednesday, February 2, 2011

Group Final Projek Kami

Sedar tak sedar, dah dua tahun aq kat Kolej ni. Semester lima ni, dak kelas sume da nampak matang sket, ye la, da lepas praktikal sem lepas kan, sume da macam 'abang2' dan 'kakak2'. Aq? cam biase, masih happy go lucky dan tahap membuli yang tinggi. hehe. Cik abg yang aq minat masih seperti semester lepas, sama, cuma lebih matang dan smart sket. Aq ske! Sape? Xperlu ckp la, rahsia. Lalala~

Hmm.. naik je sem 5 ni, lecturer da sibuk bising suruh g taklimat untuk Final Projek. Wat taklimat tu pas waktu kuliah, kul4? Hari Jumaat lak tu, tu waktu untuk berfoya2 la.. Cam biase la, anta wakil, Encik Buyot, our CEO kls, pape xfhm ke xtahu ke tanya je Buyot. Buyot tahu semua. haha. Encik Buyot, sila jangan marah, ni aq puji ko ni, haha.

Pape minggu depan baru tanya Buyot. Sabtu Ahad, waktu untuk bercuti. So, enjoy! haha. Assignment? pe de hal, Isnin pagi kan ada, masih ada waktu utk copy assignment kwn2 nerd. haha. Ujian? Kuiz? Ape tu? Sabtu Ahad, nota tersimpan rapi. Sekian. haha.

xxxxx

Pagi Ahad, lebih kurang kul 8pagi..
Mimpi lagu 'Please don't stop d music- Rihanna'. Siap joget2 lagi ni. Apsal bunyi dy cm dekat je ni. Aisey, bunyi phone la, sape lak kacau pagi2 rabun hari Ahad cmni, aduyaii~ Tgk nama ZACK. Apa ko nk ni zack, pagi2 da cl. Haisshh~ Reject dan tros tdo. Hahaha. Petang sket aq call ko balik k. Haha.

8.30pagi
Bunyi lagi hp ni. Ada ke dinding ni, memekak je la. Haisshh~ Tengok nama ZACK. Apa la pagi2 kacau ni. huh! Sebelum angkat call, betulkan suara dulu, kang kantoi tido lagi, ehhem3..ehemm3..

Aq: Haaa...apa dia Zack?
Zack: Zila, asal xangkat aq call ko td?
Aq: err....ha..aq kat toilet tadi, apsal?
Zack: Mesti lom bangun kan? haha..
Aq: Cantik sket ckp mat, aq da siap kemas umah da ni. (tipu sket je,haha)
Zack: Muka ko kemas umah? Hahahaha.. (kambing ko gelakkan aq)
Aq: woi..de pe ni?
Zack: Ko dah dapat group final projek lom?
Aq: Lom g. Apsal?
Zack: Ko masuk group aq je la.. Ok x?
Aq: Ok2..xdehal..
Zack: Ok. Ko jgn masuk group lain lak.
Aq: Yela. Dah2..aq nk smbung tido ni. Bye
Zack: Hahaha. Kan aq da ckp ko tdo g. kemas umah konon, hahaha.
Aq: Haha. Boleh kantoi lak. Abes da jatuh saham aq. Haha. Da, bye.
Zack: Haha. Ok. Bye.

Nak tido pun dah xleh da. Apa nak wat ni? Mandi? lex dulu, awal lagi nk mandi. Hahaha. Makan r, lapar lak ni. Turun je bawah, xsempat g nak jenguk dapur, phone bunyi. Kacau line tol la, baru nak makan, haisshhh~

Mak: Da cam Tokey jual ikan da, 5minit skali hp bunyi.
Aq: Haa..biasalah mak, ikan tgh mahal ni, sume org dok sibuk runding harga.
Mak: Pasni jual sayur je la..
Aq: Hahaha..

Berlari aq naik bilik angkat phone. Mad? Ada apa dy cl?

Aq: Haa.. Ye Encik Mad, blh sy bantu?
Mad: Assalammualaikum Zila.
Aq: Opsss... Waalaikumsalam wbt Mad. Apa khabar Mad? Semoga sihat hendaknya.
Mad: Haha.. Mengong la ko Zila.
Aq: Haha. Pehal beb, pagi2 da call? Xkan da rindu kot. Haha.
Mad: rindu? Sikit r, haha. Wey Zila, ko da de group final projek? aq nak amik ko ni.
Aq: opss.. Ko lambat 2minit r Mad, aq baru confirmkan ngan Zack masuk group dy, sori.. Asal xckp awal2?
Mad: Hmm..xpela Zila, ko g je la ngn Zack tu, dy kacak, aq ni sape r kan.
Aq: Ekeleh..lex r.. jangan cmni beb.. nanti aq ngis nnti..
Mad: Xpela Zila, aq sedar aq sape, maaf ggu ko pagi2. Assalammualaikum.
Aq: Ekeleh lex r Mad. Da tanya Fika ngn Linda?
Mad: Xpela Zila. Aq tahu aq sape.
Aq: haha..mengong Mad.
Mad: Hahaha. yela2.. Nanti aq try tany Linda ngn Fika. Bye.
Aq: Haha. ok2.. bye

Macam2..huh~ Nape semua sibuk cari group projek ni? Esok kan ada. Lex lu.

Pagi Isnin, kelas Cik Liyana. Rekabentuk Kejuruteraan.
Hari ni lambat sikit. Biase, terlajak perahu, haha. Dan, cam biase, jem nak masuk parking wat aq makin lambat. Mampos aq kalau lambat, kelas Cik Liyana lak tu. Mahu dy soh aq baca Doa Qunut kat depan dak-dak kelas. Huh~ Parking je motor, lock-u, terus berlari g kelas. Jabatan Kejuruteraan Mekanikal yang paling jauh dengan parking. Boleh x klu aq nak terbang? T_T

Sampai je kat tangga menuju Jabatan, aq nampak Wapek dengan muka hampa tetapi bersahaja gerak ke Kantin.
Aq: Eh Pek, xde kelas ke?
Wapek: Ada.
Aq: Abes, yang ko lenggok-lenggok jalan apsal? Jom r g kelas.
Wapek: Malas aq. Da lambat, Cik Liyana da masuk. Daripada aq kena denda depan kelas, lebih baik aq makan. Jom. Sarapan.
Aq: Da masuk ke? A,ah ek, kena denda kang sesia je, jom r makan. Lapar ni.

Maka, penuhlah perut aq dan Wapek untuk kelas Worksyop kul 10 kang. haha. Dengan muka selamba, menapak g Jabatan balik dan angkat tangan ngan rombongan dak-dak kelas. Dah kenyang kan, hati mesti senang punya la. Hahaha.

Fika: Zila, apsal xmasuk kelas Cik Liana? Bangun lambat lg ea?
Aq: Haha..cam biasa r. Terlajak perahu. Hahaha.
Fika: Cik Liana ada bagi assignment, next week hantar.
Aq: Mak aih... Kita ada assignment apa lagi r?
Fika: Pnuematik, Worksyop, Math, Termo. Tambah ni Rekabentuk. Ada 5 r. Semua kena hantar Isnin minggu depan.
Aq: Adoiii~ banyak gileeeeee!!
Linda: Lex r.. Math aq da siap.
Aq: Peh.. Ko memang cantik r Linda, bak datang, aq nk teh jap (copy). haha

Baru siap soalan 2, Mad and the gang datang.
Mad: Wey Zila sombong, assignment apa ni?
Aq: Wey Mad bongkak, assignment Math. Kalau nak teh, tunggu aq settle jap.
Mad: Canteeekk!! Ko siapkan, kang petang aq nak photostat.
Aq: Wokey.
Linda: Oi..Oi.. sedap korang je ek..
Mad: Lex Linda, jangan gelabah. Sharing is caring. Haha.
Linda: Banyak ko punya caring. Bak datang Assignment Worksyop, aq nk tiru.
Mad: Xbawak. Petang kang aq bawak. Okey Cik Puan?
Linda: Cik Puan hangguk ko.
Hahahaha.

Aq: Mad, ko dah ada team lom?
Mad: dah la Zila, jangan tanya lagi. Bukan ko sudi nak masuk group aq pun.
Aq: Tanya pun da xleh skang. Xpe. Maaf, xtanya lagi.
Mad: sikit2 majuk, cam pompuan.
Aq: Yela, aq pompuan la , Mad senget.
Mad: Oh.. ko pompuan rupenya..hahaha.
Aq: cis~
Mad: dah dapat da, group aq, Zaki, Tunkek, Toyol dan aq.
Aq: o..ok2...

xxxxxxxx

Selesai je kelas tengahari tu, kami makan sama2 kat restoran luar Kolej, abang2 senior mana makn tengahari kat dalam Kolej beb, xbujang. Haha. Makan kat kedai biasa. Kedai Mak Mertua xjadi Mad. Hahahaha. (aq saje mention cmtu sebab Mad pnh kawan ngn anak Pak Cik restoran ni. Murah pun ye. Jimat. Hahaha)

Zack: Zila, sori r..aq da susun2 senarai nama dak kelas. Kelas kita kena ada 2group yang ada 3orang. So, bila sume xnak mengalah, aq terpaksa bubarkan group kita. Ko masuk group mad ngan Zaki. Fika masuk group Tunkek ngan Toyol.
Aq: ada pula camtu? Abes ko cmne?
Zack: Xpe, aq nanti pandai2 la aq settle.

Mad: Tengok Zila, kalau dari awal ko ikut cakap aq kan senang.
Aq: Mana boleh Mad, kan aq da janji ngn Zack.
Mad: Yela2..
Zaki: Welcome to the club.
Aq: Club tengkorak ko. Group ye r.. hahaha..

* Dari situ bermulalah perjalanan group yang xberapa sihat. Saksikan camne bila 3orang budak gila di satukan dalam satu group untuk menghasilkan satu projek yang.................................... tetttttttttt (habis siaran) Hahahaha.

Nantikan kemunculan post seterusnya pasni. Bye.

Sunday, January 23, 2011

Satu petang

"Selesaikan soalan nombor 2, tunjukkan saya jawapan dan jalan kerja, baru boleh balik."

Oh..Nasi, tunggu, saya nak meniru jalan kerja kawan dulu, lepas ni baru saya makan awak, hahahaha.. Selesai je salin bulat-bulat jalan kerja kawan dan tunjukkan kat Puan Lim, lecturer Kajidaya Bahan kami, aq pun terus meluru keluar. Yang ada dalam fikiran kini adalah M.A.K.A.N!! hahaha..

Puan Lim: Ziela, tunggu kejap, tolong saya padam papan putih.

Err...aq jalan laju sangat ke? Kawan-kawan pakat dok gelak. Ahh..shut up ar korang!
Jerit dari dalam kelas, 'Wey, korang! tunggu!!'
Puan Lim hanya mampu menggelengkan kepala. Selesai je padam papan putih, aq terus bergerak keluar kelas, mengejar rombongan meminang kakak kantin rakan-rakan kelas aq. haha.

Helmi: Kau dah siap assignment Pneumatik?
Aq: Yang by group kan? Bahagian aq da settle, tunggu Fika je ni. Dia tak datang lak kelas pagi ni, tengok kalau dia tak datang petang ni, masak aq dengan Linda.
Helmi: Call r. Dia apsal tak datang?
Aq: Entah, takde cakap apa-apa pun. Jap msg dia.

Aq: Fika, apsal kau tak datang kelas Bahan? Petang ni kau datang tak?
Fika: Aq tidur lambat lah semalam, siapkan ni. Sorry ea. Petang ni aq datang.

Selesai je makan kat kantin, kami mengambil keputusan balik ke rumah sewa masing-masing. Aq malas nak balik rumah, aq lepak rumah sewa Linda je. Berborak plus mengutuk pelajar lelaki kat Kolej dan akhir sekali Linda tidur. Puas da aq golek-golek, tapi mata ni tetap tak nak mengalah. Tak bagi chance langsung! Golek-golek atas tilam Linda, sedar-sedar dah jam 1petang. Hari boleh mendung lak..
Aq: Wey Linda, bangun. Hari dah nak hujan. Jom ar gerak awal.
Linda: Haa..ok2.. (terpisat-pisat)

Selesai je solat dan bersiap-siap, aq gerak menuju kolej. Menunggang Yamaha Ego, sudah cukup laju untuk sampai ke destinasi lebih awal dari masa yang dijangkakan. Haha (berlagak gila!!). Sebab aq sorang je yang pakai helmet, jadi aq terpaksa turunkan Linda kat depan pintu pagar Kolej. Pak Cik Guard yang jaga time tu lak baik dengan aq, terus je dia bagi isyarat suruh masuk dengan menutup mata pakai tangan. Tahu tak apa maknanya? Maknanya, Linda takyah menapak jauh ar nak g kelas petang tu. Angkat tangan kat pak cik tu, senyum dan dia tergelak je, baik ar, hahahaha.

Pas parking, terus bergerak g Jabatan Mekanikal. Rasa cam tak caya lak hari ni boleh datang awal, kalau tak, muka aq je yang datang paling akhir. haha. Dari jauh nampak satu group dak 'nerd' tengah selak-selak nota. Aq? Selak-selak beg nak cari handphone. Fika! Assignment Group! Tak lama pastu Fika datang dengan assignment kat tangan, fuh~ nasib baik.

Kelibat Lecturer Pneumatik dah datang, baru berapa kerat je ni, mana yang lain? Ni confirm terlajak perahu dalam mimpi. haha. Hari ni belajar pasal injap. Gila tegang saraf otak, huhui~

Tok..tok..tok.. Bunyi pintu makmal di ketuk. 3ketul manusia masuk bagi salam dan buat muka slamber terus duduk kat meja belakang. Tiba-tiba datang akal jahat aq. Siaplah korang, hahahahaha.

Aq terus ambil posisi duduk kat tepi pintu. Cepat je jari aq kunci pintu. Tok..Tok...Tok...Tok.. bunyi pintu diketuk, saje aq bagi diaorang lama sikit kat luar. Haha. Dengan muka serius, aq cakap kat 15ketul rakan kelas aq yang lambat tu.

Encik cakap siapa lambat, dia suruh g depan.

Terus beratur diaorang kat sebelah encik tu, dengan barisan menegak. Menunggu pembalasan dan kata-kata yang menyayat hati. Habislah korang. hahahaha.

Encik tu dengan muka konpius, 'Kenapa awak ramai-ramai beratur depan saya ni?'

Maka, gelak gempita lah seluruh kelas dengan dekahan ketawa yang maha dahsyat. Hahahahaha. Misi berjaya!

Mereka memandang aq dengan rasa tidak puas hati yang memuncak. Hahaha.

Habis je kelas, aq terus lari cepat-cepat, jangan leceh! Dapat kena hempuk, boleh berkecai tempurung kepala aq, hahaha. Maaf ye, aq bergurau menghilangkan ngantuk di petang hari. Jangan marah, jangan dendam. Ini semua cobaan.

Esok je la kita jumpa ye kawan-kawan. Sekian. Hahahaha.

Dari Hati

Dari lubuk hati yang paling dalam tersimpan sejuta rahsia yang hanya Tuhan mengetahuinya. Kesedihan, kesengsaraan, kepedihan, dan kekecewaan, segalanya permainan perasaan yang meruntun jiwa. Jika kita sedar, semakin dekat kita pada Sang Pencipta, semakin besar dugaan yang akan kita tempuhi. Terpulang pada kita untuk mengalah di tengah jalan atau terus kebal sampai ke penghujung yang menjanjikan kejayaan dan kebahagiaan. Segalanya terletak di tangan kita, kita yang memilih jalan, kita yang menentukan masa depan kita sendiri. Tidak perlu menilai kata-kata orang yang tidak menghargai dan tidak pernah berusaha memahami diri kita, sebaliknya, bertemanlah dengan mereka yang punya matlamat hidup dan menyokong kita untuk terus kuat kerana mereka akan membawa kita ke jalan menuju kejayaan.

Walau pahit yang kita terpaksa telan, kita harus tabah, kita kena kuat. Pengajaran terbaik dalm kehidupan ialah apabila jatuh, kita belajar dari kesilapan dan bangkit semula. Pedulikan pandangan yang hanya menilai kita, tapi tidak pernah membantu. Kita bukan terlalu mengharapkan bantuan orang lain, tapi kita akan jadi lemah sekiranya terlalu memikirkan orang lain yang tidak langsung memberikan kita semangat juang.

Bangkitlah dari kesengsaraan, carilah kejayaan kita sendiri. Orang lain tidak dapat membantu kita, melainkan diri kita sendiri. Sekalipun setelah berusaha kita jatuh lagi, itu bukan bermakna pengakhiran kehidupan, tetapi itu adalah permulaan untuk bangkit lagi. Hidup tidak selamanya di bawah, hanya masa akan menentukan segalanya. Namun, apabila kita sudah berada di atas, jangan terlalu mendongak ke langit, ingat rumput di bumi, di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung.

Umur bukan satu ukuran untuk menentukan kematangan seseorang, tapi ia dapat di ukur dari pengalaman yang di lalui sepanjang kehidupan. Suka duka, pahit manis kehidupan mematangkan kita. Percayalah, tiap sesuatu yang mendatang, pasti ada hikmahnya, mungkin hari ini kita kehilangan sesuatu, tapi kita akan dapat yang lebih baik dari apa yang kita hilang di masa hadapan.
Percaya pada diri sendiri, redha pada takdir dan lepaskan apa yang bukan hak milik kita, itu akan membuat kita lebih tenang mengharungi liku-liku kehidupan. Semoga kejayaan milik kita, Insyallah. (^_^)v
*Sebuah nukilah pendek 23Jan2011 11.22am

Diri kita, masa depan kita.